Tuesday, July 23, 2013

Kenangan Manis

Assalamualaikum. Sihat ? Saya sihat saja. Lama dah rasanya tak update blog ini. Rindu betul dngn blog ni. Tapi saya pun tengah merindui seseorang ni. Nak tahu tak siapa? Orang yang saya maksudkan tu adalah Hidayah binti Hamidi. Saya just panggil dia Hidy. Dia satu sekolah dengan saya tapi, itu dulu. Dia sekarang dah pindah sekolah. Sedih betul lah bila hari terakhir dia nak pindah tu. Saya baru je kawan dengan dia dan baru nak kenal dengan dia lebih mendalam. But tak sampai sebulan, dia dah pindah. Sekolah kat Sentol. Rasanya kot. Dah lupa lah(nyanyuk macam orang tua). Now perasaan rindu terasa. Rindu sangat dengan dia. Nak jumpa dengan awak! Agaknya bila lah saya boleh jumpa dengan dia. Harap-harap dia tak lupakan saya. Walaupun saya tak sempat kenal dia dengan lebih rapat tapi saya tetap anggap dia sebagai kawan karib saya. Kali terakhir saya jumpa dia saya dapat juga meluangkan masa saya bersama dia dan belanja dia. Hmmm, saya tak akan melupakan detik-detik yang manis itu sepanjang masa saya. Ok lah guys, setakat ini je lah kita berhenti. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog saya :)